Thursday, December 23, 2010

Amboi....lip lap tudung you....

Sekarang fesyen tudung berbatu (rice-stone) memang tengan 'in' orang kata...Beli siap memang mudah...tapi kalau dapat buat sendiri, syoknya lain macam!!! Bagi yang berniaga tudung pula boleh menjimatkan kos. Order tudung plain, hias sendiri dengan rice-stone terpilih.
Boleh juga menghias pada baju-baju, skaf, jam tangan dan lain-lain mengikut kreativiti anda.

Memperkenalkan.....

Hot-Fix Crystal Applicator Wand
Terdiri daripada Applicator & 7 jenis mould.




Penggunaan yang mudah dan selamat.





Puan Hanim menggayakan tudung yang telah siap.

Harga Applicator : RM200.00

Saturday, December 18, 2010

Suram...? Malap...? Jadikannya bercahaya dengan...

Jewellery Cleaner - Pencuci Barang Kemas

Berapa kos yang anda perlukan untuk mencuci barang kemas? Biasanya RM5-RM10 untuk satu barang. Lagi besar barangnya, lagi mahal servisnya. Kini anda boleh lakukannya di rumah! Malah anda boleh membuat servis mencuci barang kemas kawan-kawan dan jiran-jiran.


150ml
Harga sebotol hanya RM15.90.

 Barang kemas lama

Tuangkan sedikit pencuci barang kemas JC

Selepas rendam seketika, gosok menggunakan berus gigi.
>Larutan yang telah digunakan boleh digunakan berkali-kali.
>Selepas diguna, tapis dan disimpan dalam botol berasingan.




Bilas dengan air bersih


 
Lap dengan tuala



Siap dicuci.
Boleh juga mencuci tembaga, batu permata, silver, jam tangan dan lain-lain.


Wednesday, December 15, 2010

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Johor 16hb Dis 2010

Tuah ibu tunggal

 
PONTIAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian meraih Johan Gerai Terbaik dan Peserta Usahawan orang kurang upaya (OKU) Terbaik pada pertandingan sem-pena Minggu Usahawan Peringkat JKM Negeri Johor, di Plaza Larkin, Johor Bharu, baru-baru ini.

Pegawai JKM Daerah Pontian, Juhainun Mohd Shukri berkata, JKM mengucapkan terima kasih kepada peserta OKU, Noorfarahamy, yang mewakili daerah ini bagi Pertandingan Usahawan OKU Terbaik yang telah menyumbang kepada kejayaan Gerai Terbaik.

“Noorfarahamy adalah peserta ibu tunggal di bawah kelolaan JKM Pontian dan barangan hasil keusahawanannya yang cantik menghiasi gerai daerah ini telah menyumbang kepada kemenangan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Noorfarahamy adalah usahawan yang telah berjaya menghasilkan Sos Cili untuk pasaran tempatan, di samping menjual barangan lain di bawah kelolaan JKM Pontian seperti jahitan tudung.

Beliau berkata, pada mulanya, JKM membantu Noorfarahamy dengan memberikannya elaun bulanan sebagai ibu tunggal, tetapi elaun berkenaan dihentikan apabila skim bantuan untuk Noorfarahamy ditukar dengan bantuan modal awal berniaga atau Geran Pelancaran sebanyak RM2,700.

Juhainun berkata, geran terbabit dilancarkan beberapa tahun lalu di mana bagi daerah Pontian ia di- berikan kepada lima peserta setiap tahun.

“Daripada sejumlah penerima geran berkenaan, 10 orang telah berjaya meneruskan aktiviti keusahawanan mereka sebagai sumber pendapatan ekonomi keluarga,” katanya

Sunday, December 12, 2010

Rakan Niaga D'or

Ma$anim merupakan Rakan Niaga D'or, yang memasarkan produk keluaran syarikat D'or Rue Sdn Bhd. Baru-baru ini, wakil dari syarikat tersebut turun padang ke Pontian untuk mencari lebih ramai Rakan Niaga. Sempat juga mengacau mereka yang membuka meja pameran di perkarangan Majlis Daerah Pontian.


John (nama glamer) bersama Puan Hanim




Kami menang Gerai Terbaik!!!!

Kami pergi dengan satu matlamat...supaya jualan kami laris. Namun, kami dapat hadiah berganda apabila bukan saja jualan kami laris tetapi juga kami menang sebagai wakil Daerah Pontian dalam kategori Gerai Terbaik! Rakan kami juga, Nurfarahaney telah memenangi kategori Peserta Terbaik. Produknya iaitu Sos Cili dan Sos Cili Nanas habis dijual.

Penolong Pengarah JKM, Encik Inau yang melawat gerai kami meluangkan masa yang agak lama berbual, bertanya dan merasa produk2 kami. Kami dengan penuh semangat memberi penerangan kepada beliau. Seronok betul dapat bertukar-tukar pendapat dengan beliau dan mendapat kata2 perangsang dan nasihat dari beliau.


Encik Inau melawat gerai kami

Pelanggan berpusu-pusu datang untuk melihat & membeli produk usahawan

Puan Hanim memberi beberapa penjelasan mengenai produk kepada Encik Inau


Jejak kasih : Bertemu semula dengan Puan Saadah selepas kali terakhir di Bangi bulan lepas

Sempat bergambar kenangan dengan Puan Saadah


Inilah trofi kebanggaan kami !!! Pemenang Gerai Terbaik & Peserta Terbaik





Kami sempat juga berjumpa dengan saudara Munif Hijjaz yang turut memberi taklimat tentang produk beliau...

Saudara Munif Hijjaz bersama isteri


Sempat posing dengan Munif


Sehingga jumpa lagi di lain masa....daa..

Saturday, December 11, 2010

Expo @ Plaza Larkin 10hb-12hb Dis 2010

Sempena Minggu Usahawan, anjuran JKM, kami membuka meja pameran di tingkat 1 Plaza Larkin. Kami membawa beberapa jenis produk makanan terdiri daripada kuih tradisional seperti Bahulu Gulung, pelbagai kek, Kuih Tiram, Popia Udang Kering dan Popia salut Milo, Nestum & Horlick (Best Product) dan Kuih Siput. Selain itu, produk aksesori kami juga tidak ketinggalan. Gelang, rantai, dangler dan pencuci barangan kemas tetap menjadi penyeri meja pameran. Produk yang paling laris pastilah Dangler kami! Kecil, comel dan unik. Pasti puas hati!



















Monday, December 6, 2010

Sambutan hangat....!!!

Hari penuh rezeki...sambutan hangat dari kawan-kawan, pejabat dan kakitangan JKM. Terima kasih semua!!!



Puan Siti - Tukang jahit baju di RnR, Pontian
Sambutan dari warga JKM Pontian




Dangler - Sebagai Penyeri...

Dangler - digunakan sebagai penyeri beg tangan, beg duit, handphone, sebagai keychain, sebagai pendant dan lain-lain. Harga jualan bermula dari RM6.90. 







Saturday, December 4, 2010

Santapan Tradisional...sedap dirasa, dilupa jangan...

Mashanim juga ada mengeluarkan produk makanan di bawah jenama Ma$anim Delight. Antara produk yang kami hasilkan ialah ;

Kuih Siput - Biasa & Pedas

Kuih Tiram

Popia Udang Kering


Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi kami; Mas : 019-630 6169 / Hanim : 019-763 5997



Thursday, November 25, 2010

Cenderahati Korporat

Syarikat anda bakal mengadakan Annual Dinner...dan tercari2 apakah "door-gift" yang sesuai? Kami menyediakan bukan saja "door-gift", malah pelbagai premium untuk korporat dan individu.. Aksesori pejabat hinggalah Hadiah Perkahwinan...di bawah jenama D'or Rue...


Hubungi kami untuk tempahan
Mas : 019-630 6169
Hanim : 019-763 5997