Friday, March 25, 2011

Massara Design & Delight

Bermula Mac 2011, Masanim Design & Delight telah ditukar kepada Massara Design & Delight, dan akan diuruskan sepenuhnya oleh saya, Masniza. Bulan ini juga saya sedang berusaha untuk mendapatkan lot kedai di sekitar bandar Pontian. Dengan adanya kedai ini nanti, pelanggan mudah untuk datang berurusan dan mendapatkan produk. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar!

Tuesday, March 8, 2011

Kelas Aksesori Manik & Kerongsang

Bertempat di Balai Raya Pt Hj Siraj, kelas membuat aksesori berasaskan manik & kristal secara kecil-kecilan dan santai diadakan setiap hari Selasa bermula jam 2.00-5.00pm. Kelas ini adalah anjuran kawan-kawan di kawasan tersebut.


Sesi Pembelajaran

Jualan produk kristal & kerongsang

Monday, March 7, 2011

Anugerah Jualan Tertinggi

Pada 3hb Mac 2011, berlangsung perjumpaan antara pihak D'or Rue Sdn Bhd, JKM dan semua rakaniaga D'or. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa setiap rakaniaga sambil mengetahui jika terdapat pelbagai masalah yang timbul sepanjang menjalankan urusniaga produk keluaran D'or Rue. Setiap rakaniaga mengutarakan masalah sambil berkongsi pengalaman mereka, yang mana setiap satunya diulas oleh pihak D'or Rue dan juga pihak JKM. Nampaknya semua berpuashati dengan maklumbalas dari kedua belah pihak.

Usai perbincangan, Encik Zaharuddin dari D'or Rue mengumumkan rakaniaga yang membuat jualan tertinggi iaitu kami...Masanim !!! Tak sangka pula dapat anugerah. Terima kasih D'or Rue. Terima kasih JKM. Anugerah ini membuat kami tekad untuk membuat lebih baik lagi.

Menerima cenderahati dari pihak D'or Rue & JKM

Sunday, February 20, 2011

Aktiviti Bulan Februari

Salam Maulidur Rasul....
bulan Februari ni jadual kami penuh dengan expo...bermula dengan expo FheBex'11-Food, Health & Beauty Exhibition di UTM, Skudai pada 9-11hb Feb. Expo anjuran student chemical engineering ni memang happening. lebih2 lagi masa untuk blood donation. dewan penuh dengan student2 yang nak menderma darah. caya la...


Booth Ma$anim...


Acara derma darah...

Dewan Sultan Iskandar semasa expo berlangsung...


Adik2 organizer FheBex'11....good job guys!!!


Bersempena Maulidur Rasul pula, pameran sehari di RnR mini stadium pontian. walaupun jualan hanya setengah hari, sambutannya sangat menggalakkan. sambil2 meniaga, sambil tengok budak2 sekolah yang seronok berarak.



Bersama En Azzeme, Pegajawai JKM Pontian... 

Penghulu Mukim Api2, En Mohd Razali Nordin turut datang memberi sokongan...

Perarakan sempena Maulidur Rasul...







Bermula 16hb hingga 20hb pula, kami di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang bersempena Pesta Layang2. Selama 5 hari kami bertapak di sana sambil2 cuci mata tengok layang2 dari yang paling simple hinggalah yang paling besar & hebat. Acara kemuncak apabila keberangkatan DYMM Sultan Johor & Putera Mahkota



Wednesday, January 26, 2011

Expo @ Kem Majidee

Pada 24hb - 27hb Januari 2011, kami membuka meja pameran di Kem Majidee bersempena Karnival Pulon Sakan di kem tersebut. Warga Mat Terap memang best ! Terima kasih atas sokongan anda !



Monday, January 24, 2011

Ulangtahun KPWKM ke-10

Baru2 ni Ma$anim berada di PWTC sempena ulangtahun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kami dijemput untuk membuka meja pameran di sana. Sambutannya sangat menggalakkan, maklumlah...yang datang kebanyakannya berstatus VIP...

 VVIP yang hadir

Perdana Menteri membuat perasmian

Datuk Shahrizat



Puan Hanim membuat demonstrasi barangan kristal


Antara produk yang kami jual : 



Team Dorrue yang menyokong kuat usaha kami.

Terima kasih kepasa semua yang menjayakan pameran ini, terutama Puan Saadah dari JKM, team D'or Rue dan kawan2 yang memberi sokongan. Jumpa lagi di acara yang lain...!!!

Monday, January 10, 2011

Jumpa kami di sanaaaa......!

Tahun baru ni, rezeki pasti melimpah-ruah. Tugas kita untuk berusaha keras untuk mendapatkannya. Jadi Ma$anim tak nak ketinggalan...! 3 bulan pertama tahun ini, Ma$anim akan penuhkan masa dengan membuka gerai di ekspo-ekspo terpilih. Jadi jangan ketinggalan untuk bertemu kami di lokasi-lokasi tersebut. Rakaniaga kami juga turut sama menjayakannya.

Produk yang bakal dijual antaranya;
- Aksesori Fesyen (Gelang, Rantai, Pencuci barang kemas dll)
- Kuih-kuih Tradisional ( Kek, Bahulu dll)
- Kuih-kuih Kering (Popia, Deram, Siput, Selayang dll)
- Sate Goreng (Beku) - Rakaniaga
- Nano Can - Rakaniaga
- Dll

Tarikh Event (Tertakluk pada perubahan)
1. 15hb-17hb Jan 2011 - Putrajaya
2. 9hb-11hb Feb 2011 - UTM Skudai
3. 23hb-27hb Mac 2011 - Kuching, Sarawak


Jumpa anda di sana....!

Sunday, January 2, 2011

LV Handbag ? Apa kata tukar selera...

Evolusi fesyen memang tak pernah terhenti. Begitu juga dengan rekaan beg tangan. Dari yang biasa-biasa hinggalah ke luar-biasa. Dari yang murah hingga ke tak tercapai akal harganya. Pilihan semua ditangan kita. Apakata kali ini kita bertukar selera....

Beg Tangan Manik
      > ada yang kata simple, ada kata elegent, boleh custom-made-dari segi design, warna dan saiz...