Friday, March 25, 2011

Massara Design & Delight

Bermula Mac 2011, Masanim Design & Delight telah ditukar kepada Massara Design & Delight, dan akan diuruskan sepenuhnya oleh saya, Masniza. Bulan ini juga saya sedang berusaha untuk mendapatkan lot kedai di sekitar bandar Pontian. Dengan adanya kedai ini nanti, pelanggan mudah untuk datang berurusan dan mendapatkan produk. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar!

Tuesday, March 8, 2011

Kelas Aksesori Manik & Kerongsang

Bertempat di Balai Raya Pt Hj Siraj, kelas membuat aksesori berasaskan manik & kristal secara kecil-kecilan dan santai diadakan setiap hari Selasa bermula jam 2.00-5.00pm. Kelas ini adalah anjuran kawan-kawan di kawasan tersebut.


Sesi Pembelajaran

Jualan produk kristal & kerongsang

Monday, March 7, 2011

Anugerah Jualan Tertinggi

Pada 3hb Mac 2011, berlangsung perjumpaan antara pihak D'or Rue Sdn Bhd, JKM dan semua rakaniaga D'or. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa setiap rakaniaga sambil mengetahui jika terdapat pelbagai masalah yang timbul sepanjang menjalankan urusniaga produk keluaran D'or Rue. Setiap rakaniaga mengutarakan masalah sambil berkongsi pengalaman mereka, yang mana setiap satunya diulas oleh pihak D'or Rue dan juga pihak JKM. Nampaknya semua berpuashati dengan maklumbalas dari kedua belah pihak.

Usai perbincangan, Encik Zaharuddin dari D'or Rue mengumumkan rakaniaga yang membuat jualan tertinggi iaitu kami...Masanim !!! Tak sangka pula dapat anugerah. Terima kasih D'or Rue. Terima kasih JKM. Anugerah ini membuat kami tekad untuk membuat lebih baik lagi.

Menerima cenderahati dari pihak D'or Rue & JKM