Sunday, December 12, 2010

Kami menang Gerai Terbaik!!!!

Kami pergi dengan satu matlamat...supaya jualan kami laris. Namun, kami dapat hadiah berganda apabila bukan saja jualan kami laris tetapi juga kami menang sebagai wakil Daerah Pontian dalam kategori Gerai Terbaik! Rakan kami juga, Nurfarahaney telah memenangi kategori Peserta Terbaik. Produknya iaitu Sos Cili dan Sos Cili Nanas habis dijual.

Penolong Pengarah JKM, Encik Inau yang melawat gerai kami meluangkan masa yang agak lama berbual, bertanya dan merasa produk2 kami. Kami dengan penuh semangat memberi penerangan kepada beliau. Seronok betul dapat bertukar-tukar pendapat dengan beliau dan mendapat kata2 perangsang dan nasihat dari beliau.


Encik Inau melawat gerai kami

Pelanggan berpusu-pusu datang untuk melihat & membeli produk usahawan

Puan Hanim memberi beberapa penjelasan mengenai produk kepada Encik Inau


Jejak kasih : Bertemu semula dengan Puan Saadah selepas kali terakhir di Bangi bulan lepas

Sempat bergambar kenangan dengan Puan Saadah


Inilah trofi kebanggaan kami !!! Pemenang Gerai Terbaik & Peserta Terbaik





Kami sempat juga berjumpa dengan saudara Munif Hijjaz yang turut memberi taklimat tentang produk beliau...

Saudara Munif Hijjaz bersama isteri


Sempat posing dengan Munif


Sehingga jumpa lagi di lain masa....daa..

No comments:

Post a Comment