Wednesday, December 15, 2010

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Johor 16hb Dis 2010

Tuah ibu tunggal

 
PONTIAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian meraih Johan Gerai Terbaik dan Peserta Usahawan orang kurang upaya (OKU) Terbaik pada pertandingan sem-pena Minggu Usahawan Peringkat JKM Negeri Johor, di Plaza Larkin, Johor Bharu, baru-baru ini.

Pegawai JKM Daerah Pontian, Juhainun Mohd Shukri berkata, JKM mengucapkan terima kasih kepada peserta OKU, Noorfarahamy, yang mewakili daerah ini bagi Pertandingan Usahawan OKU Terbaik yang telah menyumbang kepada kejayaan Gerai Terbaik.

“Noorfarahamy adalah peserta ibu tunggal di bawah kelolaan JKM Pontian dan barangan hasil keusahawanannya yang cantik menghiasi gerai daerah ini telah menyumbang kepada kemenangan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Noorfarahamy adalah usahawan yang telah berjaya menghasilkan Sos Cili untuk pasaran tempatan, di samping menjual barangan lain di bawah kelolaan JKM Pontian seperti jahitan tudung.

Beliau berkata, pada mulanya, JKM membantu Noorfarahamy dengan memberikannya elaun bulanan sebagai ibu tunggal, tetapi elaun berkenaan dihentikan apabila skim bantuan untuk Noorfarahamy ditukar dengan bantuan modal awal berniaga atau Geran Pelancaran sebanyak RM2,700.

Juhainun berkata, geran terbabit dilancarkan beberapa tahun lalu di mana bagi daerah Pontian ia di- berikan kepada lima peserta setiap tahun.

“Daripada sejumlah penerima geran berkenaan, 10 orang telah berjaya meneruskan aktiviti keusahawanan mereka sebagai sumber pendapatan ekonomi keluarga,” katanya

No comments:

Post a Comment